Wednesday, March 12, 2014

kerana aku mahu

hari ni saya nak bagi awak satu kerja penting. awak kena cari maklumat pasal kes irfan abdullah. buat research pasal semua yang terlibat dalam cerita ni. saya nak awak buat paper pasal benda ni. saya rasa kita boleh publishkan paper ni dalam tahun ni jugak. kita try paper yang ada impact factor. dalam minggu depan saya nak tengok awak punya proposal. boleh?

"boleh?"..... kalau lah yang pemberi soalan ni seorang manusia aku kenali hanya 1 jam 2 minit 3 saat mungkin aku akan lari dari menjawabnya. mungkin aku akan pura-pura kena heart attack. mungkin aku akan tetiba buat bunyi phew-phew sambil terbang untuk menunjukkan yang aku sebenarnya adalah seorang penjelajah angkasa dan mungkin aku akan berjalan buat bodoh buat tak dengar sambil bersiul lagu 3 kupang.

Tapi... apakan daya, manusia di depan yang sedang bertanya soalan kepada aku ni adalah seorang manusia yang sudah mengenali aku hampir 5 tahun, 4 bulan, 3 hari dan 2 saat. Dia tahu yang aku memang manusia yang tegap, gagah lagi perkasa.Mana mungkin ada heart attack. dia juga tahu yang manusia tegap, gagah lagi perkasa ini merupakan seorang yang agak gusar dengan ketinggian. nak tengok luar bila dah kat tingkat 4 pun cuak, ini kan pula nak jadi penjelajah angkasa... dan untuk buat bodoh sambil bersiul itu mungkin boleh, tapi apa kan daya kalau aku buat macam tu, mungkin bila aku mintak gaji kat dia hujung bulan ni, dia pun buat berjalan sambil bersiul juga. lagi buruk kalau tiba-tiba dia menari sambil bersiul. Huduh sekali bila orang tua berumur 60 tahun buat macam tu. Belum sempat masuk surat khabar, maybe dah masuk twitter dan facebook dulu. Nanti kalau dia jadi artis internet macam mana. sapa nak bayar gaji aku??

 so, setelah berfikir panjang selama hampir 3.21 saat, aku pun sambil senyum seikhlas-ikhlasnya pun menjawab " boleh, saya memang berminat dengan irfan abdullah ni. saya dah baca banyak dah before ni. proposal saya rasa setakat tiga hari dah siap kot." nampak? itu lah yang dikatakan tahap kipas bos 100 petala langit. so, kenapa tetiba tulis blog ni balik? apa yang seronoknya bagitahu apa terjadi dengan hidup aku untuk tatapan 1 atau tiada orang? kerana aku tak tau pun siapa irfan abdullah. apa kes yang dia cakap. selama aku kerja sini, tak pernah sekali pun aku buat research sebenarnya. aku tiru orang je. cuba kau taip irfan abdullah. penuh gila nama dia. siot tul..