Sunday, November 15, 2015

Monolog dengan diri

Semua orang bercerita pasal paris. Nak juga meluahkan sedikit perasaan di dada. Malam paris diserang, aku baru je keluar dari paris. Seminggu bercuti bersama keluarga. Seronok bercuti kat situ. Sejuk. Duduk di kawasan tepi sungai, pagi-pagi bernafas mulut keluar asap. Pakai baju pun kena 2 lapis, pastu gie memana kena pakai kasut. Memang terasa la bercuti di luar negara. Antara rutin harian aku di paris adalah pergi ke kedai beli barang masakan. 
Senang nak dapat kedai halal di sini. Setiap satu blok mahu ada 3 atau 4 kedai muslim. Aku rasa setiap bandar dia memang confirm ada makanan halal. Kebab turki, kebab arab saudi, kedai butcher halal. Memang kat sana family aku kenyang la. Bawak maggi sebab takut takde makanan tu memang tak jadi la. 
Berbalik kepada cerita asal, aku selalu beli ayam golek kat kedai sorang pakcik ni. Aku tak tau dia bangsa apa, dia nama apa atau dia da kahwin ke belum. Conversation aku dengan dia semua pakai bahasa isyarat. Dia cakap perancis, aku cakap perancis telo jawa. Da aku try cakap english dia tak faham. Punya ramai orang putih masuk kedai dia, yang aku faham dia cakap bonjour dengan merci je.Laku kedai pakcik ni, sedap ayam dia. Seminggu kat sana mahu 4 kali gak la aku beli ayam dengan dia. Kali ke 3 dan ke 4 tu yang aku suka. Dari jauh dia nampak aku da dekat, dia da bungkua ayam tu siap2 tuk aku. Sambil senyum dia tunjuk high five. Disebabkan umur dia da tua, aku tau yang dia tak mintak aku high five dia. Dia bagitau aku seekor ayam tu 5 euro. Kalau aku tak bagi 5 euro dan terus high five die mungkin kot dia bagi aku free je ayam tu. Aku tak tau, aku tak cuba.
Ayam golek ni aku selalu beli tengahari, malam aku beli kebab. Kedai ni kedai family, nape aku kata kedai family? Sebab tukang masak dia aku tengok umur 60 an, cashier die 40 an dan waiter dia 20 an. Aku terus simpulkan tu kedai family. Sebab ada pelbagai usia. Aku datang kedai ni 3 kali. Sini banyak menu, so memang takde la kalau diorang nampak aku dari jarak jauh diorang bungkuskan makanan terus. benda yang selalu diorang tanya aku adalah sama ada nak chili sos atau tidak. 3 malam aku datang, 3 malam la aku jawab " i want chili" sambil angguk2. Nampak sangat tak sehati sejiwa dengan aku. Kebab dia ok la, cukup la masin dia.
Petang- petang aku akan lepak kat taman dia. Ramai la orang kat sini, diorang ni kejanya aku rasa lepak kat taman je. Ada la yang jogging, yang main baling-baling bola besi, yang memancing. Tetiap hari lak tu. rajin sangat nak beraktiviti. Ada la yang bawak anjing berjalan jalan. Nasib sini anjing yang aku jumpa tak garang. Kalau tak memang aku tak duduk taman tu. Kat taman tu aku suka tengok budak kecik main, ada yang muslimah bawak anak diorang main kat gelongsor, jogging sorang-sorang. Kenapa aku kata muslimah, sebab diorang pakai tudung. Aku kat sini dalam 10 orang perempuan yang aku nampak, 3 pakai tudung, 3 pakai minah saleh, 3 negro dan satu model. Hehehe. Sini diorang memang aktif la. Orang tua2 pun boleh bersukan kat taman. Masa balik, kitorang singgah london. Bangun tido terus ramai mesej. Ada orang tembak2 kat paris. Kitorang ok tak, kitorang da keluar belum. 
Aku bukak berita dari pagi ke petang semua cerita pasal kes ni. Pastu tetiba masuk cerita IS. Aku bukak facebook, da ada yang pakai bendera france jadi profile picture. Pastu ada yang kata tetiap hari ada bom kat syria, palestin tapi baru sekali paris kena serang terus kecoh. Ada la teori konspirasi yang kata ni semua yahudi, amerika dan semestinya alien. Tapi, apa yang aku fikir malam ni, aku teringat apa la jadinya kat kedai ayam golek tu,berniaga ke dia, ada ke sedara dia yang kena tembak jugak, macam mana family kebab tu, macam mana pakcik yang selalu main bola besi tu.akak2 yang bawak anak diorang main kat taman. ? satu dunia bergaduh pasal sapa yang lagi penting untuk diwar warkan, siapa yang kematian nya lagi mulia, siapa yang hidupnya lagi kesian. mungkin dari jauh pandangannya besar sikit, tapi aku yang separa jauh dekat ni , aku cuma rasa sedih