Wednesday, June 24, 2015

Entah

Berjalan dengan budak pakai spek mata. Budak pakai spek mata nak beli kasut sukan. Sebab dah tertumpang dia nak pegi makan. Terpaksa teman dia beli barang jugak. Aii.. Minyak kereta dari situ ke sini RM5 je. Tahap aku ni 1 minit je pun patutnya bayaran RM 100, sejam RM 6000.. Rugi-rugi..Tahu aku bawak keta sendiri tadi.Ni semua bahana malas nak keluarkan keta sebab parking da cantik. Semua ni salah kerajaan tak sediakan tempat parking tuk aku kat office.

Bosan betul aku teman budak pakai spek mata ni. Dah la belek satu kasut amek masa setengah jam. Siap tanya-tanya pendapat lagi nak tau mana satu kasut cantik, mana satu tak. Amboi, ingat aku ni pengkritik tv show? Kalau aku bagitau kebenaran senang je citernya. Awal-awal aku kata tak cantik bukan kasut, tapi muka. Muka kau tu kalau beli kasut buatan tangan Barack Obama pun takde sape nak layan. Muka dah kalau letak sebelah dengan tukun tiruan pun orang tak reti nak beza. Nasib mak aku ajar suruh berbudi bahasa, aku kutuk dalam hati je.

Berjalan dengan jantan ni bukan nya best. Bukan boleh peluk ke, pegang tangan ke, bermanja ke.. Pegang-pegang tangan kang, masyarakat sekeliling kata gay pulak. Lagi-lagi zaman sekarang, dibuatnya masa pegang tangan tu ada lak budak sekolah menengah baru pandai pakai smartphone rakam macam mana. Dah la sekarang senang dapat wifi free. Mahu jadi viral aksi tersebut. Tajuk mesti bukan-bukan, "Gay gemuk berjalan berdua-duaan di IOI City Mall". "Menakjubkan, budaya gay sudah berleluasa di malaysia angkara GST"...

Kang si dia tengok macam mana. Malu la dia ingat aku gemuk. Sedangkan yang gemuknya budak pakai spek mata. Da, otak da melalut. Bosannya... Bila la budak gay gemuk ni nak abes pilih kasut dia....