Sunday, July 20, 2014

Nak jadi perwira papan kekunci

Negara tu tengah perang, yang kau lalu kat situ kenapa? Kena tembak la. Lain kali lalu tempat lain. Memang la ada jugak lalu situ. Tapi amerika dengan british tak lalu situ. Tak kan kau tak tau.

Cuba fikir macam ni pulak

Jalan kat bandar tu ramai orang jahat. Yang kau jalan situ kenapa. Memang la kau kena rogol. Pakai seksi-seksi. Tengok Rahimah dengan Siti pakai elok-elok, tak kena rogol pun. Tak kan kau tak tau.


P.s
Kenapa takde sape nak balas dendam, nak bakar bendera, nak wat demo, nak hantar surat, nak mintak permohonan maaf kat tv or radio?

Saturday, July 19, 2014

Serius, kali ni cerita lagi palsu

aku nak bangun hari ni rasa macam malas je. macam nak teruskan peluk bantal ni. angan-angan macam peluk bini. seronok. angin kipas pun rasa macam angin aircond. lagi pulak mimpi tengah makan nasi lemak kerang. peluk bini dalam aircond sambil makan nasi lemak kerang...heaven..tapi, bunyi alarm tu kacau lagi. menyampah. kalau aku ada mesin masa, aku akan patah balik ke malam tadi. masa tengah pasang alarm. akan aku pukul diri aku yang mengada-ngada letak alarm pukul 6.30 pagi. benci...
aku kena bangun. aku kena jadi pekerja yang berdedikasi. aku kena pastikan semua in aku out hari ni jugak. aku bangun. arghh..enaknya tidur aku tadi. takpe-takpe. malam ni boleh tidur lagi. sekarang aku kena mandi. kena wangi-wangi. kalau busuk nanti takde siapa pun akan pandang muka kacak aku. dari jauh diorang dah paling muka sebab hidung tak tahan bau. cis, manusia diskriminasi.
arghh..aku malas nak cerita panjang-panjang. aku tak tahu hari ni cuti. dah sampai office. dah duduk nak dekat setengah jam, baru pak guard kata " Buat O.T ke? bagusnya buat O.T time nuzul Al-Quran ni..

p.s
Aku nak cipta mesin masa. Aku nak pukul diri aku yang pasang alarm tu. Bodoh piang tak terkata

Serius, ini cerita palsu

2008
Makcik ni susah, meniaga tak semenggah. Suami makcik dah meninggal 4 tahun da. Anak 5.Meniaga ni jer la sumber hidup makcik. Makcik meniaga kek batik je. Dalam 500 je makcik boleh dapat sebulan kot. Lepas la makan pagi dengan malam. Kerajaan patutnya tolong orang macam makcik ni.

2009
Makcik ni susah, meniaga kecil-kecil je. Customer makcik pun semua orang dalam kawasan kampung ni je. Bape orang je pun dalam kampung ni yang nak makan kek batik tiap-tiap hari. Paling banyak pun boleh dapat seribu je sebulan.  Ingat nak la jual dekat shopping mall. Ramai la sikit orang nak beli barang makcik. Tapi kos-kos nak jual dekat shopping mall mahal. Susah peniaga kecik macam makcik ni. Kerajaan patutnya tolong orang macam makcik ni.

2010
Makcik ni susah, meniaga kecilan je. SME bumiputra katakan. Orang kita punya barang siapa je yang pandang.Kek batik makcik nak melawan kek-kek orang putih ni susah. Nama kek makcik pun kek batik je, nama kek diorang cheese cake la, lemon cake la, nak menyebut pun susah. Diorang promosi besar-besaran. Makcik nak buat iklan kat metro pun tak mampu. Nak promote dekat shopping mall payah, banyak sangat duit nak kena keluarkan. Kerajaan patutnya tolong peniaga macam makcik ni

2011
Makcik ni susah, meniaga kek je pun. Market kat Malaysia ni tak besar untuk jual-jual kek ni. Orang Malaysia mana la makan kek sangat. Nak eksport kat luar mana la makcik mampu. Macam-macam syarat kena nanti. Makcik ni belajar pun tak sampai universiti. Nak isi borang lagi. Nak keluar duit lagi. Kerajaan patut tolong pasarkan kek makcik ni keluar negara. Boleh naik kan nama negara. Makcik tak cukup serba serbi nak eksport ni.

2012
Makcik ni susah. Nak jual kek ni banyak halangan dia. Kos banyak. Nak kena ada kilang, nak kena ada ramai pekerja, nak kena buat promosi, nak kena jumpa orang tu, orang ni. Nak eksport luar negara kena eksport banyak-banyak. Mana la makcik nak dapat modal, bukan setakat modal duit, modal bahan mentah pun payah nak dapat kat Malaysia ni. Kerajaan patut tolong peniaga macam makcik ni. Makcik nak naikkan nama Malaysia. Takkan nak suruh makcik buat sendiri.

2013
Makcik ni susah, nak naikkan promosi kek makcik ni kena ada sokongan semua pihak. Nak kena kerjasama semua orang. Kerajaan patut kumpulkan semua pengeluar kek ni. Baru kita boleh berbincang. Bincang harga jual, bincang macam mana nak pasarkan. Bumiputera kena bersatu. Makcik boleh jadi pengerusi jaga semua. Baru kita boleh bawak barang kita ke luar. Naikkan nama Malaysia.

2014
Apa? Masa makcik susah dulu ada orang nak tolong? Makcik berkerah keringat pagi petang ada yang tolong? Takde-takde. Nak meniaga kena pandai la naik sendiri. Susahkan orang lain lak. Kerajaan tu apa gunanya?