Sunday, July 20, 2014

Nak jadi perwira papan kekunci

Negara tu tengah perang, yang kau lalu kat situ kenapa? Kena tembak la. Lain kali lalu tempat lain. Memang la ada jugak lalu situ. Tapi amerika dengan british tak lalu situ. Tak kan kau tak tau.

Cuba fikir macam ni pulak

Jalan kat bandar tu ramai orang jahat. Yang kau jalan situ kenapa. Memang la kau kena rogol. Pakai seksi-seksi. Tengok Rahimah dengan Siti pakai elok-elok, tak kena rogol pun. Tak kan kau tak tau.


P.s
Kenapa takde sape nak balas dendam, nak bakar bendera, nak wat demo, nak hantar surat, nak mintak permohonan maaf kat tv or radio?

Saturday, July 19, 2014

Serius, kali ni cerita lagi palsu

aku nak bangun hari ni rasa macam malas je. macam nak teruskan peluk bantal ni. angan-angan macam peluk bini. seronok. angin kipas pun rasa macam angin aircond. lagi pulak mimpi tengah makan nasi lemak kerang. peluk bini dalam aircond sambil makan nasi lemak kerang...heaven..tapi, bunyi alarm tu kacau lagi. menyampah. kalau aku ada mesin masa, aku akan patah balik ke malam tadi. masa tengah pasang alarm. akan aku pukul diri aku yang mengada-ngada letak alarm pukul 6.30 pagi. benci...
aku kena bangun. aku kena jadi pekerja yang berdedikasi. aku kena pastikan semua in aku out hari ni jugak. aku bangun. arghh..enaknya tidur aku tadi. takpe-takpe. malam ni boleh tidur lagi. sekarang aku kena mandi. kena wangi-wangi. kalau busuk nanti takde siapa pun akan pandang muka kacak aku. dari jauh diorang dah paling muka sebab hidung tak tahan bau. cis, manusia diskriminasi.
arghh..aku malas nak cerita panjang-panjang. aku tak tahu hari ni cuti. dah sampai office. dah duduk nak dekat setengah jam, baru pak guard kata " Buat O.T ke? bagusnya buat O.T time nuzul Al-Quran ni..

p.s
Aku nak cipta mesin masa. Aku nak pukul diri aku yang pasang alarm tu. Bodoh piang tak terkata

Serius, ini cerita palsu

2008
Makcik ni susah, meniaga tak semenggah. Suami makcik dah meninggal 4 tahun da. Anak 5.Meniaga ni jer la sumber hidup makcik. Makcik meniaga kek batik je. Dalam 500 je makcik boleh dapat sebulan kot. Lepas la makan pagi dengan malam. Kerajaan patutnya tolong orang macam makcik ni.

2009
Makcik ni susah, meniaga kecil-kecil je. Customer makcik pun semua orang dalam kawasan kampung ni je. Bape orang je pun dalam kampung ni yang nak makan kek batik tiap-tiap hari. Paling banyak pun boleh dapat seribu je sebulan.  Ingat nak la jual dekat shopping mall. Ramai la sikit orang nak beli barang makcik. Tapi kos-kos nak jual dekat shopping mall mahal. Susah peniaga kecik macam makcik ni. Kerajaan patutnya tolong orang macam makcik ni.

2010
Makcik ni susah, meniaga kecilan je. SME bumiputra katakan. Orang kita punya barang siapa je yang pandang.Kek batik makcik nak melawan kek-kek orang putih ni susah. Nama kek makcik pun kek batik je, nama kek diorang cheese cake la, lemon cake la, nak menyebut pun susah. Diorang promosi besar-besaran. Makcik nak buat iklan kat metro pun tak mampu. Nak promote dekat shopping mall payah, banyak sangat duit nak kena keluarkan. Kerajaan patutnya tolong peniaga macam makcik ni

2011
Makcik ni susah, meniaga kek je pun. Market kat Malaysia ni tak besar untuk jual-jual kek ni. Orang Malaysia mana la makan kek sangat. Nak eksport kat luar mana la makcik mampu. Macam-macam syarat kena nanti. Makcik ni belajar pun tak sampai universiti. Nak isi borang lagi. Nak keluar duit lagi. Kerajaan patut tolong pasarkan kek makcik ni keluar negara. Boleh naik kan nama negara. Makcik tak cukup serba serbi nak eksport ni.

2012
Makcik ni susah. Nak jual kek ni banyak halangan dia. Kos banyak. Nak kena ada kilang, nak kena ada ramai pekerja, nak kena buat promosi, nak kena jumpa orang tu, orang ni. Nak eksport luar negara kena eksport banyak-banyak. Mana la makcik nak dapat modal, bukan setakat modal duit, modal bahan mentah pun payah nak dapat kat Malaysia ni. Kerajaan patut tolong peniaga macam makcik ni. Makcik nak naikkan nama Malaysia. Takkan nak suruh makcik buat sendiri.

2013
Makcik ni susah, nak naikkan promosi kek makcik ni kena ada sokongan semua pihak. Nak kena kerjasama semua orang. Kerajaan patut kumpulkan semua pengeluar kek ni. Baru kita boleh berbincang. Bincang harga jual, bincang macam mana nak pasarkan. Bumiputera kena bersatu. Makcik boleh jadi pengerusi jaga semua. Baru kita boleh bawak barang kita ke luar. Naikkan nama Malaysia.

2014
Apa? Masa makcik susah dulu ada orang nak tolong? Makcik berkerah keringat pagi petang ada yang tolong? Takde-takde. Nak meniaga kena pandai la naik sendiri. Susahkan orang lain lak. Kerajaan tu apa gunanya?


Sunday, May 25, 2014

sembang malam

aku nak pindah...
pindah mana?
aku nak gie oversea..aku dah bosan dok sini. takde peluang nak maju.
gie oversea? gie Amerika? ko cakap orang putih pun berterabur. nak duk tempat semua orang kena tau macam mana nak order kat starbuck?
bahasa boleh belajar. yang naikkan genting tu satu haram bahasa melayu dia tak tau. bley je kaya. kat oversea sana senang. takde korupsi. takde racism. pendidikan tak berat sebelah. semua dapat sama rata.
Kat Amerika? ko kat sini tetiap hari ke kena korupsi?racicm? pendidikan? Ko tu melayu kot, lelaki lagi. Ko kat sebelah yang bagus kot untuk jadi racist, bukan bahagian manusia teraniaya. ko duk sini, kalau jadi lelaki melayu bawah 30 pastu bapak ada connection, dah tak yah risau pape kot. lain r kau perempuan bangsa lain yang duduk estet.cet..
Eh, yang kau emo-emo ni apasal? aku risau duduk sini kau tau tak. Dengan hutang negara berlambak-lambak. barang semua naik harga. nanti anak aku macam mana?
Anak pulak..aku bukan emo, cam lawak je. hutang negara kau risau? hutang ngan aku ni macam mana. da dekat seminggu aku je yang kena bayar air teh tarik ngan megi telur mata kau ni..
Ala.. kau kaya. senang r cite. benda empat ringgit je pun.tu pun kau berkira dengan aku. tu yang aku nak pindah. kos hidup kat sini tinggi kau tau tak. nasi lemak dah jadi singgit setengah. teh tarik tu pun da jadi satu tujuh. kat negara luar sana 2 ringgit diorang je dah boleh makan dari pagi sampai malam tau tak. sini 2 ringgit? isi minyak motor pun bangla petronas gelak.
Ye ke. yang kau bodo matematik sangat pun nape? teh tarik satu tujuh, megi telur mata tiga setengah, dah jadi lima dua kau tau. pala otak kau empat ringgit.
Ala.. beza berapa je. aku dah menyampah la duk sini. susah nak naik. nak dapat keja kena ada orang dalam. nak deal dengan orang gomen sikit punya lama. cukai sikit punya tinggi. pangkat bukan ikut rajin tapi ikut seniority. yang memerintah seronok je. naik jet la, beli binatang memahal la. ni mendera rakyat kau tau.
lima dua kalau darab 7 hari kau tau jadi bape? jadi RM 36.40 kau tau. sebulan bayar makanan kau je da RM156. pale otak ko sikit. belanja bini aku takpe la gak. ye la tu. so, kalau ko gi luar ko nak buat apa je?
aku nak senang la. sini aku payah gile kot nak dapat keja best2. semua kena ada kaki kat dalam. kat luar aku boleh dapat gaji besar-besar. dah simpan banyak-banyak aku balik la Malaysia.
kau nak keja apa kat lua dow?
 aku nak jadi bank manager la. aku da lama teringin nak keja bank ni.

p.s
budak amek diploma kulinari dengan pointer 2.5 nak jadi manager bank kat Amerika. apa yang penting adalah cita-cita. tak salah kan angan-angan?



Saturday, April 12, 2014

Masih mencari siapa itu irfan....

Ada 4 orang dalam satu bilik kecik. bilik takde katil cuma tilam dan bantal. sarung bantal pun dah tak semenggah. kalau la sarung bantal tu diletakkan di kawasan kedai makan mahal depan simpang tu, kedai makan tu akan terus kena tutup sebab orang kata kedai makan bawak virus yang menyebabkan cirit birit selama 4 hari.

Ada 4 orang dalam satu bilik kecik. sorang duduk depan laptop, 2 orang duduk atas tilam, sorang duduk kat lantai. dalam satu group kena ada manusia penting duduk atas tilam empuk sambil peluk bantal, satu pengikut yang duduk atas tilam tapi takleh peluk bantal, satu pengerah tenaga fizikal kena taip kat laptop dan pencacai yang tugasnya bersila kat lantai. " hierarki semulajadi".. teringat kata-kata dia.

Ada 4 orang dalam satu bilik kecik.depan laptop bukak youtube. bukak compilation accident paling kejam dalam dunia. semua tengok sambil buat muka selamba. dalam hati masing-masing mungkin dah start berfikir.. aku kena tukar kawan. budak-budak ni tengok orang lain accident macam tengok orang main bola.gila.badan bersepai. muka berdarah dia boleh gelak-gelak macam tengok jozan masa zaman muda-muda.

Ada 4 orang dalam satu bilik kecik. menunggu penyelamat. penyelamat buat panggilan telefon. " aku dah kat luar. meh la. kata nak pergi makan." senyum. tapi tak lama. penyelamat sambung " aku bawak hakim dengan amal sekali tau. korang bape orang? 2 orang lagi muat la kot keta aku. ada 2 orang dalam satu bilik kecik. Sorang depan laptop, sorang duduk kat lantai. hierarki semulajadi..aku kena telefon dia malam ni jugak..

Wednesday, March 12, 2014

kerana aku mahu

hari ni saya nak bagi awak satu kerja penting. awak kena cari maklumat pasal kes irfan abdullah. buat research pasal semua yang terlibat dalam cerita ni. saya nak awak buat paper pasal benda ni. saya rasa kita boleh publishkan paper ni dalam tahun ni jugak. kita try paper yang ada impact factor. dalam minggu depan saya nak tengok awak punya proposal. boleh?

"boleh?"..... kalau lah yang pemberi soalan ni seorang manusia aku kenali hanya 1 jam 2 minit 3 saat mungkin aku akan lari dari menjawabnya. mungkin aku akan pura-pura kena heart attack. mungkin aku akan tetiba buat bunyi phew-phew sambil terbang untuk menunjukkan yang aku sebenarnya adalah seorang penjelajah angkasa dan mungkin aku akan berjalan buat bodoh buat tak dengar sambil bersiul lagu 3 kupang.

Tapi... apakan daya, manusia di depan yang sedang bertanya soalan kepada aku ni adalah seorang manusia yang sudah mengenali aku hampir 5 tahun, 4 bulan, 3 hari dan 2 saat. Dia tahu yang aku memang manusia yang tegap, gagah lagi perkasa.Mana mungkin ada heart attack. dia juga tahu yang manusia tegap, gagah lagi perkasa ini merupakan seorang yang agak gusar dengan ketinggian. nak tengok luar bila dah kat tingkat 4 pun cuak, ini kan pula nak jadi penjelajah angkasa... dan untuk buat bodoh sambil bersiul itu mungkin boleh, tapi apa kan daya kalau aku buat macam tu, mungkin bila aku mintak gaji kat dia hujung bulan ni, dia pun buat berjalan sambil bersiul juga. lagi buruk kalau tiba-tiba dia menari sambil bersiul. Huduh sekali bila orang tua berumur 60 tahun buat macam tu. Belum sempat masuk surat khabar, maybe dah masuk twitter dan facebook dulu. Nanti kalau dia jadi artis internet macam mana. sapa nak bayar gaji aku??

 so, setelah berfikir panjang selama hampir 3.21 saat, aku pun sambil senyum seikhlas-ikhlasnya pun menjawab " boleh, saya memang berminat dengan irfan abdullah ni. saya dah baca banyak dah before ni. proposal saya rasa setakat tiga hari dah siap kot." nampak? itu lah yang dikatakan tahap kipas bos 100 petala langit. so, kenapa tetiba tulis blog ni balik? apa yang seronoknya bagitahu apa terjadi dengan hidup aku untuk tatapan 1 atau tiada orang? kerana aku tak tau pun siapa irfan abdullah. apa kes yang dia cakap. selama aku kerja sini, tak pernah sekali pun aku buat research sebenarnya. aku tiru orang je. cuba kau taip irfan abdullah. penuh gila nama dia. siot tul..