Wednesday, October 12, 2016

Aku bosan

Cerita 1
Seman bengang betul dengan Abu. Abu curi resepi ayam goreng KFC + Texas Seman. Seman baru je ingat nak meniaga dengan resepi tu. Mana tau untung-untung boleh popular macam abang bob. Seman ingat lagi dia penah cerita dengan Abu pasal resepi tu kat kedai kopi Pak Ajis. Alih-alih tak sampai 2 tahun, Abu dah bukak kedai ayam goreng resepi KFC + Texas Seman dekat kedai kopi Pak Ajis. Sewa kedai RM 200 je lak tu. Cis, untung mesti dalam 2, 3 ratus sebulan. Pencuri.. Tak cukup dengan curi resepi, dia tukar nama ayam goreng tu jadi AFC, Abu Fried Ciken. Bodo.. Chicken pun tak tau eja.

Cerita 2
Abu mati masa umurnya 46 tahun. Formalnya sebab kematian adalah kena langgar dengan motorsikal sebab melintas tak tengok kiri kanan, tak formal yang dijaja Seman adalah mati sebab jin belaan Abu dah malas nak bagi Abu kebal. Abu mati tak meninggalkan wasiat siapa yang bakal ganti tapak sewa dia. Abu cuma ada bini no 3, nombor 4 dan 3 anak perempuan. Susah kata Seman kat kedai kopi Pak Ajis. Pengganti kena lelaki, perempuan mana reti jaga bisnes ni. Kang tak pasal-pasal diorang tak bayar sewa. Macam mana.

Cerita 3
Pak Ajis da pening kepala, mula-mula dulu orang kampung marah sebab tak bagi Adam menantu Abu sewa tapak arwah pak mertua dia. Pak Ajis pegi bagi tapak tu dekat Si Hamid. Dah masa buang undi tu semua kat kedai kata bagi Hamid. Pak Ajis ni kan demokrasi orangnya. Pak Ajis bagi la kat Hamid Lepas Si Hamid lepaskan tapak tu, Adam bukan nak datang kat Pak Ajis pun kata nak tapak, nak dekat 2 hari Pak Ajis tunggu. Tak datang-datang. Pak Ajis offer la dekat si Imran. Boleh la buat meniaga ayam golek..Dah semua orang yang datang kata mana keadilan untuk Adam. Pening Pak Ajis

Cerita 4
Dekat kedai kopi Pak Ajis ni ada 2 jenis ayam yang dijual, ayam AFC dan ayam golek. Orang yang minat ayam AFC tak boleh beli ayam golek dan begitulah sebaliknya.




Monday, August 29, 2016

Selepas kejadian

Pukul 9 setengah pagi
...
...
Macam mana dengan kerja awak? Semua ok?
Ok je..Saya rasa dah 75% complete. Dalam bulan depan thesis ni siap rasanya.
Ye ke 75%, saya tengok banyak lagi nak kena buat ni. Saya rasa paling cepat boleh siap pun dalam awal tahun depan jugak ni. PhD ni tak payah rushing-rushing. Awak pun baru tahun kedua. Sempat lagi graduate on time.
Erm..Tapi saya nak kena habiskan tahun ni jugak Prof. Saya tak boleh tangguh-tangguh lagi.
Kenapa? Awak ada masalah kewangan ke?
Tak la Prof. Ada masalah keluarga je Prof.
Mak bapak awak bising ke?
Tak, parent saya ok je. Cuma suami saya tak boleh jauh-jauh dengan saya lama-lama. Dia kata isteri kena ada dengan suami. Kalau tak isteri tu nusyuz..
Owh..

Pukul 1 empat puluh lima petang
...
...
Kenapa muka awak macam ada masalah je ni?
Masalah keluarga prof.
Kenapa?
Biasa la Prof, bila baru kahwin ni.Mesti ada salah faham sikit
Owh. Boleh selesai tak?
Tak tau la Prof, saya tak rasa isteri saya faham yang saya ni tengah sambung belajar. Menulis ni bukannya boleh ikut waktu pejabat. Saya ni jenis boleh menulis malam je Prof. Dia tak berapa suka saya tak teman dia tidur.
Owh

Pukul 4 dua puluh satu petang
Prof, minta maaf tak dapat datang semalam. Ada kes dekat kolej saya
Kes apa?
Samir, student Prof Adli meninggal heart attack.
Huh? Saya baru je jumpa dia minggu lepas. Sihat lagi. Muda je kan
Tu, la. Memang dia ada rekod sakit jantung pun Prof. Semalam dia jatuh depan pintu bilik. Bawak masuk bilik Baringkan, terus tak bangun-bangun da.
Innalillah. Mayatnya kebumi kat sini ke atau hantar balik Nigeria?
Tanam sini je Prof. Saya call wife dia. Wife dia pun kata tanam sini. Tak elok lama-lama biarkan. Kesian jugak family dia. Dia pun da 10 tahun kat sini Prof. Dari Master sampai PhD tak balik-balik negara dia. Anak da 8 orang da.
Huh?
Bini dia datang sini setahun sekali Prof.
Owh

p.s
Aku janji aku akan siapkan semua kerja yang dia suh pasni. Tak sanggup aku duduk office dia lama-lama macam ni..Siot budak cermin mata tak datang-datang. Patah tangan ngan kaki je kot. Bukan patah tulang belakang


Saturday, August 13, 2016

Ini sebab kedua

Naik tangga di Universiti nombor 4 di Malaysia. Universiti ranking nombor 4 ini memang terbaik. Ada bas yang banyak untuk bergerak dari kolej ke fakulti, ada restoran dekat-dekat dan murah-murah yang bersepah-sepah, ada ramai foreigner untuk bagi student belagak cerita kat jiran masa balik kampung (aku sembahyang sebelah mamat ni, dia bawak pisau dalam masjid. wuyoo) . Tapi tu keseluruhan universiti. Dekat fakulti aku ini, fakulti yang ada dalam Universiti ranking nombor 4 di Malaysia yang sedang aku naiki tangga nya ini. Keadaan nya sangat la daif. Bangunan fakulti nya yang hidup lagi lama dari Dr Mahathir, tandas yang kali terakhir dibasuh adalah masa zaman tema merdeka masih lagi "Kerana mu Malaysia" dan yang paling penting 5 tingkat tapi takde lif. Kejadahnya kejadian ini. Aku penat la naik tangga tinggi-tinggi.

Aku di tingkat 3. Kawasan yang akan jadi sejarah lagi 2 minggu 3 hari. Tempat di mana sejarah hidup aku akan berubah. Seperti mana hari kejadian aku berlumba basikal dengan syed helmi di hari terakhir tingkatan 3. Kejadian dimana aku menang sebab dia kena langgar dengan van Pak Daud. Siap ada bonus dimana dia terlantar kat hospital selama 10 hari dan duduk pakai kerusi roda setengah tahun. Senyum terkenangkan kenangan terbaik itu. Ludah gula-gula hacks untuk menunjukkan ke"macho"an. Tepat di anak tangga.

Sambil naik tangga lagi,aku terjumpa budak bercermin mata. Benci. Dia masih membebel seperti biasa. Air liur mencurah-curah dari mulut. Busuk..Kali ini dia ditemani minah pendek dan perempuan kecoh. Aku tension. Dia turun tangga, aku naik tangga. Mata bertentang mata, cis.. Bulu hidung terkeluar, gigi warna kuning. Hilang selera makan seminggu. Minah pendek tegur aku" Ko nak jumpa bos ke?" "Dia tak datang hari ni" "Dia meeting dekat Terengganu".

Aku bengang. Ikut hati aku, aku tolak ketiga-tiga manusia depan aku ni dari tingkat 5. Tapi aku penat, tinggi sangat tangganya. Ini masalah orang bergaya diluar, tak aktif di dalam. Dan ini cerita macam mana aku akan tolak budak bercermin mata dari tingkat 3 dan bukan tingkat 5. Maka aku tak jadi tolak mereka semua. Aku cuma buat muka masam mencuka dan bersedia untuk turun. Budak bercermin mata bukak mulut yang penuh gigi kuningnya itu. " Kau nak balik ke? Kitorang nak gi makan..Nak ikut?"

Aku nak makan mcdonald..Perempuan kecoh bersuara. Aku senyum. Aku sambung " Pastu kita gie Starbuck. Aku nak minum hot chocolate" Minah pendek balas" eh, mana boleh. Boikot. Kita bagi duit kat Is****. " (Kenapa aku cencored kan? Dosa kan sebut?hahaha). DUA Lawan Dua. Sambil turun tangga, aku keluarkan semua benda yang aku dah buat research selepas insiden dalam kereta.

Kau tau tak yang Palestine dapat 1.3 billion setahun dari duit bantuan kemasyarakatan untuk tahun 2014.
Kau tau tak negara mana yang paling banyak bagi bantuan?
AMerika- 408 juta setaun
EU -139 juta setaun
Arab Saudi - 100 juta setaun

Mana duit tu semua pegi?

Dan sebelum sempat aku sambung ke arah lain, aku tergelicir di tingkat 4. Terpijak gula-gula hacks...
Diiringi gelak ketawa tiga ekor manusia..Ada lagi tiga sebab

Friday, August 12, 2016

Apa end game palestin-israel? negara sendiri, halau salah satu atau bergabung?

"Bila kau sorang-sorang, kau akan jadi lemah. Bila kau bersatu kau akan jadi kuat." Kata budak bercermin mata kepada budak gemuk. Aku tak tahu hujung pangkal perbualan. Baru tersedar dari tidur. Mata aku masih kuyu comel, minda aku masih di awan-awangan.Betapa bencinya aku bila sedar yang aku ada dalam kereta dengan dua jantan busuk. Dah la suara masing-masing garau, cakap kuat-kuat sampai aku terjaga dari tidur.

Sambil aku memaki sendirian dalam hati, budak bercermin mata terus menasihat budak gemuk. "Sekarang ni kita lemah, pemimpin kita corrupt. Dengan gst nya, dengan songlap duitnya. Kita rakyat jadi susah. Nak hidup dekat kl sekarang gaji 2000 pun dah tak cukup. Sampai bila rakyat nak melarat macam ni".

Tak boleh jadi, citer dia da masuk politik,Aku kena joint ni. Aku benci betul dengan orang politik dari kecik lagi. Aku rebel. Masa pengumum ketua kelas tingkatan 4 dulu pun aku dah start rebel. Sampai hari ni aku tak puas hati dengan syed helmi jadi ketua tingkatan. Memang la dia dapat nombor satu tiap tiap tahun. Memang la dia jadi atlet badminton sekolah sampai tingkatan 3. Tapi, aku tak suka kat dia. Semata-mata muka dia handsome sikit dari aku, dia boleh dapat undi sampai 32 orang dalam kelas.  Kelas aku ada 34 orang je kot. Kurang ajar betul cikgu tak padam nombor undi masa aku masuk kelas. Apa motifnya dia suh aku dengan syed helmi duk luar masa cabutan undi. Ini penyebab aku tak percaya politik sampai sekarang. Penuh dengan tipu daya dan muslihat.

Budak cermin mata masih membebel. Suka betul dia dengar suara dia sendiri. Aku tak dengar. Aku geram dan lapar. Baru bangun tidur kot. Aku tak makan dari pagi tadi. Aku cuit budak gemuk dari belakang. " Wey, singgah mcdonald depan tu. Lapar la, Aku nak makan spicy chicken mcdeluxe". Budak bercermin mata pandang aku dengan muka panas. Ayat first aku dengar dari dia "boikot". Ayat last sekali aku dengar "munafik".

Itu citer 2 bulan lepas, tapi kalau ada orang tanya aku hari ni. Nape aku tolak budak cermin mata dari tingkat 3 tadi. Itu lah punca permulaannya. Ada lagi 4 sebab.

Wednesday, April 13, 2016

Saje bagitau

Kepada yang kekonon kawen muda tu ikut syariat

Nabi punya first marriage (taip bahasa inggeris y'all) pun masa umur dia 25 tahun. Kahwin pun dengan orang kaya. Korang umur 18 da pikir nak main. Nak jaga perut sendiri bagi makan tetiap hari pun payah, pikir nak jaga anak orang lagi?

Monday, February 1, 2016

Bosan

tahukah anda..
Orang asli tak kena kencing manis..
Kat dunia ni ad taman style jepun, style british and style chinese... Taman style melayu takde..
Neil amstrong tak masuk Islam tapi Yusuf Islam memang Islam, Michael Jackson confirm da mati

Saturday, January 16, 2016

Saja, orang nak ada anak nombor 2



Darurat dalam Islam : apabila seseorang mengkhuatiri kehancuran akan menimpa dirinya berdasarkan andaian yang kukuh, walaupun tidak dapat dipastikan secara 100%

Tuesday, January 12, 2016

Perhambaan zaman moden



Maksud hamba : orang yang dimiliki oleh orang lain dan terpaksa melakukan apa sahaja yang diperintah oleh tuannya

 
gambar curi dari utusan
Pernah fikir tak masa kita bagi sedekah kat anak yatim yang  berlegar kat kedai makan sambil bawak surat-surat kononnya nak buat masjid, rumah anak yatim baru atau tempat belajar Quran. Apa jadi dekat diorang sebenarnya.
Diorang ni kadang-kadang akan pergi dari rumah ke rumah nak minta sedekah untuk madrasah, sekolah atau rumah anak yatim mereka. Diorang ni rasanya dapat gaji tak? ke dapat makan dan tilam dan bantal je.
Diorang da kumpul duit bebanyak, pastu?
Ada orang dapat rm 5 sehari, ada orang dapat rm 50 sehari, yang dapat 50 ni makan lain sikit dari yang dapat 5 ke or yang 50 ni dapat epf?
Duit yang diorang kumpul tu akan bagi diorang amik SPM? Belajar tuition? Ke lepas 18 diorang dilepaskan je kat dunia luar?
Kita yang bagi duit ni, kita tolong diorang ke atau kita tambahkan lagi bilangan diorang?
Apa bezanya budak kecik kena jalan panas-panas minta duit dekat orang lain, pastu duit yang dia dapat kena bagi kat orang lain jugak
Dan
Pelacur yang diculik dari negara lain, di suruh main dengan orang lain, pastu duit yang dia dapat kena bagi dekat orang lain jugak?

Saturday, January 2, 2016

Hope









Bradford Synagogue

Manusia itu katanya dari Adam. Pusing kiri kanan macam mana pun tetap macam tu lah rupanya.