Tuesday, January 12, 2016

Perhambaan zaman moden



Maksud hamba : orang yang dimiliki oleh orang lain dan terpaksa melakukan apa sahaja yang diperintah oleh tuannya

 
gambar curi dari utusan
Pernah fikir tak masa kita bagi sedekah kat anak yatim yang  berlegar kat kedai makan sambil bawak surat-surat kononnya nak buat masjid, rumah anak yatim baru atau tempat belajar Quran. Apa jadi dekat diorang sebenarnya.
Diorang ni kadang-kadang akan pergi dari rumah ke rumah nak minta sedekah untuk madrasah, sekolah atau rumah anak yatim mereka. Diorang ni rasanya dapat gaji tak? ke dapat makan dan tilam dan bantal je.
Diorang da kumpul duit bebanyak, pastu?
Ada orang dapat rm 5 sehari, ada orang dapat rm 50 sehari, yang dapat 50 ni makan lain sikit dari yang dapat 5 ke or yang 50 ni dapat epf?
Duit yang diorang kumpul tu akan bagi diorang amik SPM? Belajar tuition? Ke lepas 18 diorang dilepaskan je kat dunia luar?
Kita yang bagi duit ni, kita tolong diorang ke atau kita tambahkan lagi bilangan diorang?
Apa bezanya budak kecik kena jalan panas-panas minta duit dekat orang lain, pastu duit yang dia dapat kena bagi kat orang lain jugak
Dan
Pelacur yang diculik dari negara lain, di suruh main dengan orang lain, pastu duit yang dia dapat kena bagi dekat orang lain jugak?

1 comment:

Hidup Adalah Perjuangan said...

Sedekah apa adanya aja teman
Seikhlasnya bukan paksaan.