Monday, August 29, 2016

Selepas kejadian

Pukul 9 setengah pagi
...
...
Macam mana dengan kerja awak? Semua ok?
Ok je..Saya rasa dah 75% complete. Dalam bulan depan thesis ni siap rasanya.
Ye ke 75%, saya tengok banyak lagi nak kena buat ni. Saya rasa paling cepat boleh siap pun dalam awal tahun depan jugak ni. PhD ni tak payah rushing-rushing. Awak pun baru tahun kedua. Sempat lagi graduate on time.
Erm..Tapi saya nak kena habiskan tahun ni jugak Prof. Saya tak boleh tangguh-tangguh lagi.
Kenapa? Awak ada masalah kewangan ke?
Tak la Prof. Ada masalah keluarga je Prof.
Mak bapak awak bising ke?
Tak, parent saya ok je. Cuma suami saya tak boleh jauh-jauh dengan saya lama-lama. Dia kata isteri kena ada dengan suami. Kalau tak isteri tu nusyuz..
Owh..

Pukul 1 empat puluh lima petang
...
...
Kenapa muka awak macam ada masalah je ni?
Masalah keluarga prof.
Kenapa?
Biasa la Prof, bila baru kahwin ni.Mesti ada salah faham sikit
Owh. Boleh selesai tak?
Tak tau la Prof, saya tak rasa isteri saya faham yang saya ni tengah sambung belajar. Menulis ni bukannya boleh ikut waktu pejabat. Saya ni jenis boleh menulis malam je Prof. Dia tak berapa suka saya tak teman dia tidur.
Owh

Pukul 4 dua puluh satu petang
Prof, minta maaf tak dapat datang semalam. Ada kes dekat kolej saya
Kes apa?
Samir, student Prof Adli meninggal heart attack.
Huh? Saya baru je jumpa dia minggu lepas. Sihat lagi. Muda je kan
Tu, la. Memang dia ada rekod sakit jantung pun Prof. Semalam dia jatuh depan pintu bilik. Bawak masuk bilik Baringkan, terus tak bangun-bangun da.
Innalillah. Mayatnya kebumi kat sini ke atau hantar balik Nigeria?
Tanam sini je Prof. Saya call wife dia. Wife dia pun kata tanam sini. Tak elok lama-lama biarkan. Kesian jugak family dia. Dia pun da 10 tahun kat sini Prof. Dari Master sampai PhD tak balik-balik negara dia. Anak da 8 orang da.
Huh?
Bini dia datang sini setahun sekali Prof.
Owh

p.s
Aku janji aku akan siapkan semua kerja yang dia suh pasni. Tak sanggup aku duduk office dia lama-lama macam ni..Siot budak cermin mata tak datang-datang. Patah tangan ngan kaki je kot. Bukan patah tulang belakang


No comments: