Saturday, August 13, 2016

Ini sebab kedua

Naik tangga di Universiti nombor 4 di Malaysia. Universiti ranking nombor 4 ini memang terbaik. Ada bas yang banyak untuk bergerak dari kolej ke fakulti, ada restoran dekat-dekat dan murah-murah yang bersepah-sepah, ada ramai foreigner untuk bagi student belagak cerita kat jiran masa balik kampung (aku sembahyang sebelah mamat ni, dia bawak pisau dalam masjid. wuyoo) . Tapi tu keseluruhan universiti. Dekat fakulti aku ini, fakulti yang ada dalam Universiti ranking nombor 4 di Malaysia yang sedang aku naiki tangga nya ini. Keadaan nya sangat la daif. Bangunan fakulti nya yang hidup lagi lama dari Dr Mahathir, tandas yang kali terakhir dibasuh adalah masa zaman tema merdeka masih lagi "Kerana mu Malaysia" dan yang paling penting 5 tingkat tapi takde lif. Kejadahnya kejadian ini. Aku penat la naik tangga tinggi-tinggi.

Aku di tingkat 3. Kawasan yang akan jadi sejarah lagi 2 minggu 3 hari. Tempat di mana sejarah hidup aku akan berubah. Seperti mana hari kejadian aku berlumba basikal dengan syed helmi di hari terakhir tingkatan 3. Kejadian dimana aku menang sebab dia kena langgar dengan van Pak Daud. Siap ada bonus dimana dia terlantar kat hospital selama 10 hari dan duduk pakai kerusi roda setengah tahun. Senyum terkenangkan kenangan terbaik itu. Ludah gula-gula hacks untuk menunjukkan ke"macho"an. Tepat di anak tangga.

Sambil naik tangga lagi,aku terjumpa budak bercermin mata. Benci. Dia masih membebel seperti biasa. Air liur mencurah-curah dari mulut. Busuk..Kali ini dia ditemani minah pendek dan perempuan kecoh. Aku tension. Dia turun tangga, aku naik tangga. Mata bertentang mata, cis.. Bulu hidung terkeluar, gigi warna kuning. Hilang selera makan seminggu. Minah pendek tegur aku" Ko nak jumpa bos ke?" "Dia tak datang hari ni" "Dia meeting dekat Terengganu".

Aku bengang. Ikut hati aku, aku tolak ketiga-tiga manusia depan aku ni dari tingkat 5. Tapi aku penat, tinggi sangat tangganya. Ini masalah orang bergaya diluar, tak aktif di dalam. Dan ini cerita macam mana aku akan tolak budak bercermin mata dari tingkat 3 dan bukan tingkat 5. Maka aku tak jadi tolak mereka semua. Aku cuma buat muka masam mencuka dan bersedia untuk turun. Budak bercermin mata bukak mulut yang penuh gigi kuningnya itu. " Kau nak balik ke? Kitorang nak gi makan..Nak ikut?"

Aku nak makan mcdonald..Perempuan kecoh bersuara. Aku senyum. Aku sambung " Pastu kita gie Starbuck. Aku nak minum hot chocolate" Minah pendek balas" eh, mana boleh. Boikot. Kita bagi duit kat Is****. " (Kenapa aku cencored kan? Dosa kan sebut?hahaha). DUA Lawan Dua. Sambil turun tangga, aku keluarkan semua benda yang aku dah buat research selepas insiden dalam kereta.

Kau tau tak yang Palestine dapat 1.3 billion setahun dari duit bantuan kemasyarakatan untuk tahun 2014.
Kau tau tak negara mana yang paling banyak bagi bantuan?
AMerika- 408 juta setaun
EU -139 juta setaun
Arab Saudi - 100 juta setaun

Mana duit tu semua pegi?

Dan sebelum sempat aku sambung ke arah lain, aku tergelicir di tingkat 4. Terpijak gula-gula hacks...
Diiringi gelak ketawa tiga ekor manusia..Ada lagi tiga sebab

No comments: