Saturday, July 19, 2014

Serius, ini cerita palsu

2008
Makcik ni susah, meniaga tak semenggah. Suami makcik dah meninggal 4 tahun da. Anak 5.Meniaga ni jer la sumber hidup makcik. Makcik meniaga kek batik je. Dalam 500 je makcik boleh dapat sebulan kot. Lepas la makan pagi dengan malam. Kerajaan patutnya tolong orang macam makcik ni.

2009
Makcik ni susah, meniaga kecil-kecil je. Customer makcik pun semua orang dalam kawasan kampung ni je. Bape orang je pun dalam kampung ni yang nak makan kek batik tiap-tiap hari. Paling banyak pun boleh dapat seribu je sebulan.  Ingat nak la jual dekat shopping mall. Ramai la sikit orang nak beli barang makcik. Tapi kos-kos nak jual dekat shopping mall mahal. Susah peniaga kecik macam makcik ni. Kerajaan patutnya tolong orang macam makcik ni.

2010
Makcik ni susah, meniaga kecilan je. SME bumiputra katakan. Orang kita punya barang siapa je yang pandang.Kek batik makcik nak melawan kek-kek orang putih ni susah. Nama kek makcik pun kek batik je, nama kek diorang cheese cake la, lemon cake la, nak menyebut pun susah. Diorang promosi besar-besaran. Makcik nak buat iklan kat metro pun tak mampu. Nak promote dekat shopping mall payah, banyak sangat duit nak kena keluarkan. Kerajaan patutnya tolong peniaga macam makcik ni

2011
Makcik ni susah, meniaga kek je pun. Market kat Malaysia ni tak besar untuk jual-jual kek ni. Orang Malaysia mana la makan kek sangat. Nak eksport kat luar mana la makcik mampu. Macam-macam syarat kena nanti. Makcik ni belajar pun tak sampai universiti. Nak isi borang lagi. Nak keluar duit lagi. Kerajaan patut tolong pasarkan kek makcik ni keluar negara. Boleh naik kan nama negara. Makcik tak cukup serba serbi nak eksport ni.

2012
Makcik ni susah. Nak jual kek ni banyak halangan dia. Kos banyak. Nak kena ada kilang, nak kena ada ramai pekerja, nak kena buat promosi, nak kena jumpa orang tu, orang ni. Nak eksport luar negara kena eksport banyak-banyak. Mana la makcik nak dapat modal, bukan setakat modal duit, modal bahan mentah pun payah nak dapat kat Malaysia ni. Kerajaan patut tolong peniaga macam makcik ni. Makcik nak naikkan nama Malaysia. Takkan nak suruh makcik buat sendiri.

2013
Makcik ni susah, nak naikkan promosi kek makcik ni kena ada sokongan semua pihak. Nak kena kerjasama semua orang. Kerajaan patut kumpulkan semua pengeluar kek ni. Baru kita boleh berbincang. Bincang harga jual, bincang macam mana nak pasarkan. Bumiputera kena bersatu. Makcik boleh jadi pengerusi jaga semua. Baru kita boleh bawak barang kita ke luar. Naikkan nama Malaysia.

2014
Apa? Masa makcik susah dulu ada orang nak tolong? Makcik berkerah keringat pagi petang ada yang tolong? Takde-takde. Nak meniaga kena pandai la naik sendiri. Susahkan orang lain lak. Kerajaan tu apa gunanya?


No comments: