Kalau
dengar Black market je mesti kita akan terus teringat dekat benda seperti
penjualan dadah, pelacuran dan perdagangan manusia. Benda-benda yang hanya
James Bond, Jason Bourne atau Jamal Yunos sahaja yang memahami keperitannya. Cuma
dalam bidang ekonomi, definisi black market ni lebih luas dan tidak la terlalu seperti
cerita aksi. Semua aktiviti-aktiviti ekonomi yang tidak mempunyai lesen atau
tidak direkod kerajaan tergolong dalam black market atau juga dipanggil underground
economy.
“Karipap
pun kena bayar pakai USD ke?” “Beli pukul 10 pagi time bulan puasa memang kena
bayar USD bro”
Sebenarnya
ramai yang terlibat dalam black market ini. Mereka bukannya menyorok di bawah
tanah atau menjalankan aktiviti di Lorong-lorong gelap. Majoriti mereka ada di
depan mata kita. Malahan anda yang membaca juga mungkin salah seorang darinya. Antara
contoh aktiviti black market adalah:
·
Jaga anak orang tanpa lesen
·
Jual nasi lemak RM 1 depan rumah
·
Jadi personal shopper untuk beg tangan
·
Tolong abah potong rumput
Bila
persoalan sebenarnya adalah adakah anda mendaftar SSM dan membayar cukai?
Mereka
yang bekerja dalam black market ni bukannya sesaja nak buat macam ni.
Kebanyakan mereka adalah wanita, pendatang asing atau orang yang tidak
mempunyai akses kepada pekerjaan yang lebih baik. Tak kan benda macam ni pun
kira tak elok jugak? Mereka cuma mencari sesuap nasi untuk memberi makan kepada
keluarga (atau dalam kes akhir, upahnya nanti nak buat dating dengan girlfriend
kat mcdonalds). Kesannya bukan sahaja pada anda dan girlfriend anda yang hanya
berminat dengan anda untuk dapat makan nasi McD secara percuma, kesannya adalah
pada negara. Jumlah kegiatan ekonomi tak direkod ni dijangka sehingga trillion
di seluruh dunia.
Bukan
jumlah hutang negara
Underground
ekonomi ni lebih aktif dekat negara sedang membangun daripada negara membangun
(Hint: Malay**a). Berdasarkan kajian underground economy di Malaysia adalah 47%
daripada jumlah GDP tahunan negara. Kajian juga menunjukkan hampir 1/3 economic
output negara terhasil dari underground ekonomi.
Untuk
memberi gambaran lebih besar, 55% restoran, 30% kedai runcit, 20% cybercafé dan
15% workshop di Malaysia beroperasi tanpa sebarang lesen perniagaan. Apabila
berlakunya perkara ini, kerajaan gagal melakukan penguatkuasaan undang-undang
dan mengutip cukai. Bila peniaga gagal membayar cukai, sumber pendapatan
kerajaan jatuh. Jadi kerajaan Cuma ada dua acara, mengurangkan perbelanjaan
dekat operasi dan infrastructure atau meningkatkan tax. Ini menyebabkan keadaan
bertambah teruk untuk mereka yang terlibat dalam kegiatan black market itu
sendiri.
Penyebab
kejatuhan satu empayar
Kegiatan
underground economy ni sebenarnya menindas pekerja itu sendiri. Mereka yang
bekerja dalam underground economy ni selalunya berada dalam kondisi pekerjaan
yang sukar. Mereka tidak mendapat fair
working condition, tiada insurance, tak perlu di bayar overtime dan tidak dapat
cuti tahunan. Ini kerana tanpa penguatkuasaan dari kerajaan, tiada KPI atau
regulation yang perlu diikuti oleh mereka yang terlibat dalam underground
economy ini.
Malahan
underground economy juga menyebabkan berlakunya kekeliruan dalam kerajaan
membuat polisi negara. Bila kerajaan tak ada rekod, Kerajaan tak boleh dapat
statistic yang betul berkaitan unemployment dan income rakyat. Jadi kerajaan
akan bertindak tidak mengikut keadaan sebenar dalam membuat perancangan masa
depan negara.
Macam
mana economist kira benda ni?
Economist
akan tengok jumlah pendapatan negara dan tolakkan dengan jumlah perbelanjaan.
Sepatutnya kedua-dua ni hampir sama tapi kalau jauh beza, adalah kegiatan
underground economy. Economist juga tengok permintaan tunai, sebab majoriti
kegiatan ini menggunakan transaksi tunai, jadi negara yang banyak permintaan
tunai juga merupakan negara yang mempunyai aktiviti underground economy yang
tinggi. dan akhir sekali tengok penggunaan elektrik, kalo penggunaan elektrik
tinggi tapi gdp rendah, kegiatan ekonomi banyak berlaku dalam underground
economy
Sebenarnya Memang tak dapat nak berhentikan
underground economy, tapi ia masih boleh dikawal. Rakyat perlu diajar
kepentingan mengikut regulation dan pembayaran tax. Untuk underground economy yang lebih menarik
(drug, illegal crime, prostitution) nanti aku tulis bila rajin
No comments:
Post a Comment