Friday, August 12, 2016

Apa end game palestin-israel? negara sendiri, halau salah satu atau bergabung?

"Bila kau sorang-sorang, kau akan jadi lemah. Bila kau bersatu kau akan jadi kuat." Kata budak bercermin mata kepada budak gemuk. Aku tak tahu hujung pangkal perbualan. Baru tersedar dari tidur. Mata aku masih kuyu comel, minda aku masih di awan-awangan.Betapa bencinya aku bila sedar yang aku ada dalam kereta dengan dua jantan busuk. Dah la suara masing-masing garau, cakap kuat-kuat sampai aku terjaga dari tidur.

Sambil aku memaki sendirian dalam hati, budak bercermin mata terus menasihat budak gemuk. "Sekarang ni kita lemah, pemimpin kita corrupt. Dengan gst nya, dengan songlap duitnya. Kita rakyat jadi susah. Nak hidup dekat kl sekarang gaji 2000 pun dah tak cukup. Sampai bila rakyat nak melarat macam ni".

Tak boleh jadi, citer dia da masuk politik,Aku kena joint ni. Aku benci betul dengan orang politik dari kecik lagi. Aku rebel. Masa pengumum ketua kelas tingkatan 4 dulu pun aku dah start rebel. Sampai hari ni aku tak puas hati dengan syed helmi jadi ketua tingkatan. Memang la dia dapat nombor satu tiap tiap tahun. Memang la dia jadi atlet badminton sekolah sampai tingkatan 3. Tapi, aku tak suka kat dia. Semata-mata muka dia handsome sikit dari aku, dia boleh dapat undi sampai 32 orang dalam kelas.  Kelas aku ada 34 orang je kot. Kurang ajar betul cikgu tak padam nombor undi masa aku masuk kelas. Apa motifnya dia suh aku dengan syed helmi duk luar masa cabutan undi. Ini penyebab aku tak percaya politik sampai sekarang. Penuh dengan tipu daya dan muslihat.

Budak cermin mata masih membebel. Suka betul dia dengar suara dia sendiri. Aku tak dengar. Aku geram dan lapar. Baru bangun tidur kot. Aku tak makan dari pagi tadi. Aku cuit budak gemuk dari belakang. " Wey, singgah mcdonald depan tu. Lapar la, Aku nak makan spicy chicken mcdeluxe". Budak bercermin mata pandang aku dengan muka panas. Ayat first aku dengar dari dia "boikot". Ayat last sekali aku dengar "munafik".

Itu citer 2 bulan lepas, tapi kalau ada orang tanya aku hari ni. Nape aku tolak budak cermin mata dari tingkat 3 tadi. Itu lah punca permulaannya. Ada lagi 4 sebab.

Wednesday, April 13, 2016

Saje bagitau

Kepada yang kekonon kawen muda tu ikut syariat

Nabi punya first marriage (taip bahasa inggeris y'all) pun masa umur dia 25 tahun. Kahwin pun dengan orang kaya. Korang umur 18 da pikir nak main. Nak jaga perut sendiri bagi makan tetiap hari pun payah, pikir nak jaga anak orang lagi?

Monday, February 1, 2016

Bosan

tahukah anda..
Orang asli tak kena kencing manis..
Kat dunia ni ad taman style jepun, style british and style chinese... Taman style melayu takde..
Neil amstrong tak masuk Islam tapi Yusuf Islam memang Islam, Michael Jackson confirm da mati

Saturday, January 16, 2016

Saja, orang nak ada anak nombor 2



Darurat dalam Islam : apabila seseorang mengkhuatiri kehancuran akan menimpa dirinya berdasarkan andaian yang kukuh, walaupun tidak dapat dipastikan secara 100%

Tuesday, January 12, 2016

Perhambaan zaman moden



Maksud hamba : orang yang dimiliki oleh orang lain dan terpaksa melakukan apa sahaja yang diperintah oleh tuannya

 
gambar curi dari utusan
Pernah fikir tak masa kita bagi sedekah kat anak yatim yang  berlegar kat kedai makan sambil bawak surat-surat kononnya nak buat masjid, rumah anak yatim baru atau tempat belajar Quran. Apa jadi dekat diorang sebenarnya.
Diorang ni kadang-kadang akan pergi dari rumah ke rumah nak minta sedekah untuk madrasah, sekolah atau rumah anak yatim mereka. Diorang ni rasanya dapat gaji tak? ke dapat makan dan tilam dan bantal je.
Diorang da kumpul duit bebanyak, pastu?
Ada orang dapat rm 5 sehari, ada orang dapat rm 50 sehari, yang dapat 50 ni makan lain sikit dari yang dapat 5 ke or yang 50 ni dapat epf?
Duit yang diorang kumpul tu akan bagi diorang amik SPM? Belajar tuition? Ke lepas 18 diorang dilepaskan je kat dunia luar?
Kita yang bagi duit ni, kita tolong diorang ke atau kita tambahkan lagi bilangan diorang?
Apa bezanya budak kecik kena jalan panas-panas minta duit dekat orang lain, pastu duit yang dia dapat kena bagi kat orang lain jugak
Dan
Pelacur yang diculik dari negara lain, di suruh main dengan orang lain, pastu duit yang dia dapat kena bagi dekat orang lain jugak?

Saturday, January 2, 2016

Hope









Bradford Synagogue

Manusia itu katanya dari Adam. Pusing kiri kanan macam mana pun tetap macam tu lah rupanya.

Sunday, November 15, 2015

Monolog dengan diri

Semua orang bercerita pasal paris. Nak juga meluahkan sedikit perasaan di dada. Malam paris diserang, aku baru je keluar dari paris. Seminggu bercuti bersama keluarga. Seronok bercuti kat situ. Sejuk. Duduk di kawasan tepi sungai, pagi-pagi bernafas mulut keluar asap. Pakai baju pun kena 2 lapis, pastu gie memana kena pakai kasut. Memang terasa la bercuti di luar negara. Antara rutin harian aku di paris adalah pergi ke kedai beli barang masakan. 
Senang nak dapat kedai halal di sini. Setiap satu blok mahu ada 3 atau 4 kedai muslim. Aku rasa setiap bandar dia memang confirm ada makanan halal. Kebab turki, kebab arab saudi, kedai butcher halal. Memang kat sana family aku kenyang la. Bawak maggi sebab takut takde makanan tu memang tak jadi la. 
Berbalik kepada cerita asal, aku selalu beli ayam golek kat kedai sorang pakcik ni. Aku tak tau dia bangsa apa, dia nama apa atau dia da kahwin ke belum. Conversation aku dengan dia semua pakai bahasa isyarat. Dia cakap perancis, aku cakap perancis telo jawa. Da aku try cakap english dia tak faham. Punya ramai orang putih masuk kedai dia, yang aku faham dia cakap bonjour dengan merci je.Laku kedai pakcik ni, sedap ayam dia. Seminggu kat sana mahu 4 kali gak la aku beli ayam dengan dia. Kali ke 3 dan ke 4 tu yang aku suka. Dari jauh dia nampak aku da dekat, dia da bungkua ayam tu siap2 tuk aku. Sambil senyum dia tunjuk high five. Disebabkan umur dia da tua, aku tau yang dia tak mintak aku high five dia. Dia bagitau aku seekor ayam tu 5 euro. Kalau aku tak bagi 5 euro dan terus high five die mungkin kot dia bagi aku free je ayam tu. Aku tak tau, aku tak cuba.
Ayam golek ni aku selalu beli tengahari, malam aku beli kebab. Kedai ni kedai family, nape aku kata kedai family? Sebab tukang masak dia aku tengok umur 60 an, cashier die 40 an dan waiter dia 20 an. Aku terus simpulkan tu kedai family. Sebab ada pelbagai usia. Aku datang kedai ni 3 kali. Sini banyak menu, so memang takde la kalau diorang nampak aku dari jarak jauh diorang bungkuskan makanan terus. benda yang selalu diorang tanya aku adalah sama ada nak chili sos atau tidak. 3 malam aku datang, 3 malam la aku jawab " i want chili" sambil angguk2. Nampak sangat tak sehati sejiwa dengan aku. Kebab dia ok la, cukup la masin dia.
Petang- petang aku akan lepak kat taman dia. Ramai la orang kat sini, diorang ni kejanya aku rasa lepak kat taman je. Ada la yang jogging, yang main baling-baling bola besi, yang memancing. Tetiap hari lak tu. rajin sangat nak beraktiviti. Ada la yang bawak anjing berjalan jalan. Nasib sini anjing yang aku jumpa tak garang. Kalau tak memang aku tak duduk taman tu. Kat taman tu aku suka tengok budak kecik main, ada yang muslimah bawak anak diorang main kat gelongsor, jogging sorang-sorang. Kenapa aku kata muslimah, sebab diorang pakai tudung. Aku kat sini dalam 10 orang perempuan yang aku nampak, 3 pakai tudung, 3 pakai minah saleh, 3 negro dan satu model. Hehehe. Sini diorang memang aktif la. Orang tua2 pun boleh bersukan kat taman. Masa balik, kitorang singgah london. Bangun tido terus ramai mesej. Ada orang tembak2 kat paris. Kitorang ok tak, kitorang da keluar belum. 
Aku bukak berita dari pagi ke petang semua cerita pasal kes ni. Pastu tetiba masuk cerita IS. Aku bukak facebook, da ada yang pakai bendera france jadi profile picture. Pastu ada yang kata tetiap hari ada bom kat syria, palestin tapi baru sekali paris kena serang terus kecoh. Ada la teori konspirasi yang kata ni semua yahudi, amerika dan semestinya alien. Tapi, apa yang aku fikir malam ni, aku teringat apa la jadinya kat kedai ayam golek tu,berniaga ke dia, ada ke sedara dia yang kena tembak jugak, macam mana family kebab tu, macam mana pakcik yang selalu main bola besi tu.akak2 yang bawak anak diorang main kat taman. ? satu dunia bergaduh pasal sapa yang lagi penting untuk diwar warkan, siapa yang kematian nya lagi mulia, siapa yang hidupnya lagi kesian. mungkin dari jauh pandangannya besar sikit, tapi aku yang separa jauh dekat ni , aku cuma rasa sedih